Sunday, April 24, 2011

[HD] 01 : The troublemaker


"Awak lambat lagi, Cik Gwendall. Apa penjelasan awak kali ni?" Guru disiplin Akademi Hovelate, Encik Paxton berdiri di hadapan pintu bangunan utama dengan sebatang rotan. Rotan itulah trademark nya kerana kemana saja dia pergi, pasti dia akan membawa rotan itu.

"Kereta pemandu saya rosak, cikgu. Tayar pancit juga. Kesian. Mula-mula saya cadang nak temankan pemandu saya di tepi jalan, tapi tak sampai hati pula nak ponteng kelas hari ni. Saya memang pelajar baik kan, Encik Paxton? Jadi, sila benarkan saya pergi ke kelas saya." Jawab gadis itu panjang lebar sambil menghisap lolipop di dalam mulutnya. Iris Gwendall mula berjalan hendak melepasi guru disiplinnya itu, namun dia ditahan semula.

Encik Paxton tersenyum dan Iris membalasnya dengan sengihan hingga ke telinga. Seketika kemudian raut wajah Encik Paxton kembali berkerut. "Apa awak mengarut pagi-pagi ni, Cik Gwendall? Awak tu tinggal di asrama. Sejak bila pula awak ada kereta sekali dengan pemandu ni?" Encik Paxton menengking kuat.

Iris mengerutkan wajahnya. "Oh, saya terlupa saya tinggal di asrama." Iris ketawa menyebabkan guru disiplinnya semakin bengang.

"Cik Gwendall! Awak dihukum. Jumpa saya dalam bilik tahanan lepas habis sekolah ni." Encik Paxton cuba merendahkan nada suaranya namun gagal. Wajahnya merah menahan geram. Ada pelajar macam ni seorang di akademi pun boleh buat dia sakit jantung. Perempuan pulak tu. Fikirnya dalam hati.

Wajah Iris langsung tidak berubah sebaliknya dia mula membetulkan beg galasnya. "Yelah-yelah. Saya tahu. Bilik tahanan tu rumah kedua saya. Jadi kita jumpa lagilah ya, Encik Paxton." Iris mula berjalan laju memasuki bangunan utama sebelum mula berlari laju ke kelasnya. Dia sudah terlewat untuk kelas pertama.

"Jangan lari dalam bangunan!" Encik Paxton menjerit.

Iris membuka pintu kelasnya kasar. Bedebumm bunyinya menghempas dinding menyebabkan hampir semua mata memandangnya. Iris tidak mempedulikan renungan rakan sekelas mahupun guru di hadapannya sebaliknya dia berjalan dengan selamba ke tempat duduknya di barisan paling belakang di tepi tingkap. Iris duduk di kerusi dan terus mengeluarkan buku untuk matapelajaran matematik pada pagi itu.

"Awak lambat lagi, Cik Gwendall." Tegur Puan Puff, guru matematiknya. Iris merenung gurunya dengan tajam menyebabkan wanita itu hampir tertunduk.

"Encik Paxton yang salah. Siapa suruh dia tahan saya lama-lama di pintu bangunan? Mungkin Puan Puff patut cadangkan akademi bubarkan saja jawatan guru disiplin tu." Selamba Iris menjawab. Beberapa orang pelajar ketawa kecil manakala selebihnya hanya mengerutkan muka tidak menyenangi jawapan biadab Iris itu.

Namun Puan Puff kembali menghadap papan putih di hadapannya dan menyambung pengajarannya pada hari itu tentang konsep algebra. Iris Gwendall pula terus merenung papan putih di hadapannya cuba menghadam setiap pembelajaran yang diajar pada hari itu. Itulah satu-satunya perkara yang baik dalam dirinya. Iris seorang yang fokus dan dia tidak suka bermain-main di dalam kelas.

Loceng rehat telah berbunyi. Pelajar-pelajar perempuan mula keluar berpusu-pusu secara berkumpulan samada ke kafetaria ataupun berjumpa kawan-kawan di sekitar kawasan akademi. Pelajar lelaki pula lebih gemar tinggal di kelas dan berborak-borak sesama sendiri. 

Berbeza bagi Iris. Dia berseorangan. Tidak punyai teman rapat dan tidak berkumpulan. Dia disisihkan oleh pelajar perempuan kerana dia dicap sebagai pelajar bermasalah dan dia juga tidak begitu digemari pelajar lelaki kerana terlalu garang dan bersikap sinis. Iris keluar dari kelas dengan sebungkus roti dan sekotak jus di tangan dan naik ke bumbung bangunan sekolah. Dia berbaring di atas bumbung sambil menelan rotinya seorang diri. Langsung dia tidak peduli dengan skirt pendeknya yang mungkin terselak itu kerana dia tahu tiada sesiapa pun yang akan naik ke bumbung pada waktu itu. Iris merenung awan di langit biru. 

"Mak. Ayah. Saya harap kamu berdua akan bahagia di syurga." Iris bermonolog sendiri. Bibirnya mengukir senyuman. "Saya kuat. Jangan risau pada saya."


Iris meninggalkan kelas tahanan Encik Paxton pada petang itu tepat jam 4 petang. Dia terpaksa menolong Encik Paxton menguruskan dan menyusun laporan guru di bilik tahanan akademi. Sejujurnya, Iris sangat gemar membuat kerja-kerja seperti itu kerana dia dapat menghabiskan masanya dengan berbuat sesuatu. Dan Encik Paxton juga sangat berpuas hati dengan semua hasil kerja Iris walaupun dia selalu didenda.

"Cik Gwendall, kenapa awak selalu buat hal di akademi? Saya asyik nampak muka awak aje dalam bilik tahanan ni." Encik Paxton cuba menyelami hati Iris.

Namun gadis itu tersenyum sinis. 'Eleh Encik Paxton tak payah nak buat baik dengan saya. Saya tahu cikgu suka saya kena denda selalu. Boleh saya buat kerja-kerja encik ni dengan percuma, kan?" Tajam sindiran Iris menyebabkan gurunya itu terkedu.

"Awak tak takut kena buang dari akademi ke?" Soal Encik Paxton selepas dia berdehem beberapa kali.

"Kesalahan saya bukannya terlalu serius sampai boleh ditendang dari akademi. Lagipun saya pelajar cemerlang. Pihak akademi takkan buang saya." Iris menjawab dengan yakin. Encik Paxton terdiam. Memang benar kata Iris itu.

"Tapi, kalau awak terus macam ni, awak akan kehilangan kawan."

"Dari dulu lagi, saya tak pernah ada kawan. Cikgulah satu-satunya kawan saya di akademi ni." Iris berseloroh sambil ketawa.

Encik Paxton menggeleng-gelengkan kepala. Penat rasanya bercakap dengan budak ni. Fikir lelaki itu lagi. "Ah.. sebelum saya terlupa. Esok kelas awak akan terima pelajar baru." Encik Paxton tiba-tiba memberitahu Iris. Teringat pula dia yang dia telah diberitahu pengetua tentang kedatangan pelajar baru ke Akademi Hovelate.

Iris memandang gurunya kehairanan. "Dah tengah-tengah tahun macam ni pun ada pelajar baru lagi?"

"Nampaknya dia diterima masuk oleh pengetua sendiri. Mungkin anak kenalan pengetua."

Iris tersenyum. 'Hemmm... dasar anak orang kaya. Asyik gunakan pengaruh saja."

Encik Paxton memandang gadis itu tajam. "Jaga mulut tu, Gwendall. Nanti badan binasa."

Iris tersengih lagi. Seketika kemudian dia memandang jam di tangannya. "Alamak, saya dah lewat. Saya ada aktiviti kelab sekarang. Encik Paxton boleh lepaskan saya awal tak?" Iris menyoal dan tanpa menunggu jawapan daripada gurunya, dia mengangkat punggung dari kerusi dan terus keluar dari bilik tahanan sambil menyanyi-nyanyi kecil. 

"Esok jangan lewat lagi!" Encik Paxton melaung dari dalam bilik.


Iris menukar uniform sekolahnya kepada uniform kelab, sehelai yukata hitam iaitu pakaian tradisional masyarakat Jepun. Dia menyertai kelab Katana, iaitu kelab bermain pedang samurai. Walaupun pedang yang digunakan bukanlah pedang sebenar, namun Iris sangat sukakan kelab itu. Dia tangkas bermain pedang dan dia benar-benar kelihatan seperti seorang gadis Jepun kerana dia sememangnya mempunyai darah Jepun dari sebelah ibunya. Rambut hitam pekat pendeknya separas bahu itu memang sesuai sekali dengan mata coklat gelapnya. 

Apabila Iris menjejakkan kaki ke dojo, beberapa orang ahli kelab mula terundur-undur ke belakang. Gadis itu dianggap seperti samseng kerana dia sangat jarang bertegur sapa dan tersenyum. Malah, kehandalannya bermain pedang juga amat digeruni ramai termasuk lelaki.

"Hamilton, kau lawan aku." Arah Iris selamba. Dia mencapai sebilah pedang samurai palsu dan terus bergerak ke tengah-tengah dojo. Terkial-kial lelaki bernama Hamilton itu mencapai pedangnya dan menuruti Iris di tengah gelanggang. Selepas masing-masing tunduk hormat, pedang mereka saling berlaga. Langkah Hamilton berjaya ditumpaskan oleh Iris dengan mudah.

Selepas tunduk hormat, Iris menguap dengan selamba. "Hamilton, baiki pergerakan tangan kau tu." Tegurnya dan terus berlalu. Hamilton mengetap bibir geram. Maruahnya sebagai lelaki tercabar kerana ditewaskan dan ditegur begitu di hadapan semua ahli kelab lain.

"Tak guna perempuan tu. Berani dia malukan aku. Aku pasti akan balas balik satu hari nanti." Lelaki itu memberitahu rakan-rakannya sambil mengepal-ngepal penumbuk.

Iris pulang ke asrama hampir jam 7 malam. Begitulah rutin hariannya, hampir setiap hari. Jika tiada aktiviti kelab, dia akan menghabiskan masa belajar di perpustakaan. Iris tidak bersukan. Dia tidak begitu menggemari permainan sukan dan lebih banyak menghabiskan masa berlatih bermain pedang. Lagipun, Iris tahu dia tidak akan disenangi pelajar lain jika dia tiba-tiba ingin bermain bersama-sama mereka.

Iris langsung tidak mengetahui yang kehidupannya akan berubah sedikit demi sedikit pada hari-hari yang akan datang.
*********
first chapter. Jemput baca dan komen..
ps: I Love KUCHIKI RUKIA!!

10 comments:

Witch a.k.a Okie said...

sbb budak kembar tulah hidup iris berubah..haha...
nice chapter :)
btw, iris sgt2 cool, saya suka iris <3

nonorm said...

saya pon suka kuchiki rukia.. tak sabaq nk tgk dia berubah...

Sasha Aihara @ Virtual Writer said...

Okie: begitulah sy waktu sek men dulu. hahaaa...
anayue: rukia memang best kan? feveret character sy dlm bleach.

Ilyanie Khuszairy said...

ok sha.. aku suke watak iris! saye nak jadi iris! hehe.. :)

Sasha Aihara @ Virtual Writer said...

Yanie: hahaaa... ak pun suka. terharu ak ko baca blog ak ni. huhuuuu...

Yume Hime said...

ye..suke jugak watak kuchiki rukia ni..tp lebih pada byakuya...hehehehehe

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Iris sangat cool! :D

Sasha Aihara @ Virtual Writer said...

hime: hahaa... hmpir 80% girls yg tgk bleach ske byakuya. tp sy ske budak kecik hitsugaya toshiro ngan pakcik rambut tajam zaraki kenpachi tu.

moon: hahaaa...

sakuraputih said...

sama la kita..saya pun suka toshiro tp saya x ske knpachi..sy ske ishida mamat quincy tuh..

Unknown said...

ada plak gambar rukia kuchiki.. hihih >_<
OTAKU FUN here.. :3