Sinopsis Novel

-skrol ke bawah untuk sinopsis terbaru-

CUPID


CUPID, mengisahkan perspektif kehidupan dari 3 individu berlainan watak dan persepsi dalam kehidupan. Dua daripada mereka ditakdirkan bersama, namun apabila ada yang ketiga muncul, roda takdir mula berputar sehingga sanggup menggadaikan pendirian diri dan persahabatan. 

ASRAN - Seorang yang ceria dan lincah, namun hidup dalam kepura-puraan. Mempunyai misi penting demi maruah dan kepuasan diri sendiri.
HENRIETTA - Gadis pendiam namun berpendirian. Menyimpan seribu rahsia di sebalik perwatakannya.
LEX - Lelaki yang dingin di luar namun sentiasa hangat di dalam.


HIKAYAT MADU DAN CENGKIH

Ishimoto Kagari hanya ingin mendapatkan pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian namun pertemuannya dengan Hyuuga Natsume yang panas baran telah mengucar-ngacirkan hidupnya. Hanada Hotaru pula hanya ingin hidup berdikari tanpa kongkongan keluarga, namun akhirnya terperangkap dalam perjanjian keluarganya dengan keluarga Hyuuga menyebabkan dia terpaksa menjadi tunangan Hyuuga Kousuke.

Hyuuga Natsume hanya menjadikan seni sebagai pelengkap hidup dan pertemuannya dengan Ishimoto Kagari menyedarkannya tentang kepentingan keluarga. Hyuuga Kousuke pula hanya ingin menjadi penyelamat kepada adik kesayangannya, terperangkap antara darah dagingnya sendiri, tunangnya dan cinta hatinya.

Madu atau cengkih, manakah menjadi pilihan?


THE PRINCE AND ME

Lady Morgana Middleton was born in a high class society in England and was envied by other women and desired by most men until on her 25th year of living, her family was deported to a small island in Andalastasia, an unknown country because of her father's conviction. Her father disappeared right after they arrive on the island leaving her with her brother and mother. Her heart was full with revenge and hate towards her only father. Desperately searching for a job, she agreed to work as a bodyguard to the third prince of Andalastasia, Lelouch vi Andalastasia and work side by side with another bodyguard, Strat Albright. At the same time, an assassin was sent to eliminate the entire Middleton's family casted doubt on her father's conviction. Will she ever found out the truth about her father? What will be the relationship between Morgana, Lelouch and Strat?

THE BLACK KING

Tahun 3000 A.D

Tahun yang cukup menggemparkan dalam sejarah hidup manusia. Perang Dunia Kelima tamat hampir 20 tahun lalu dan perang seterusnya bakal berlaku dan menggegarkan dunia yang semakin lama semakin terhakis sifat kemanusiaan ini. Kebanyakan negara sudah berubah tampuk dan corak pemerintahannya. Dari sistem demokrasi kepada sistem ketenteraan. Dari pemerintahan beraja kepada pemerintahan anarki mutlak. Yang tinggal sekarang hanyalah dua blok pemerintahan di mana dunia telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu negara-negara yang menyokong barisan-barisan Negara berkuasa majoriti di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikenali sebagai Absolutary, sebuah negara baru yang merupakan gabungan beberapa negara yang menentang negara-negara berkuasa majoriti yang dikenali sebagai Phoenixatory dan juga negara-negara yang tidak berpihak kepada mana-mana dan dikenali sebagai negara berkecuali.

Aku? Aku hanyalah seorang pemerhati yang sudah lama wujud dalam entiti masyarakat dunia. Mereka menggelarkan aku sebagai The Spectator, si pemerhati yang setia kerana aku tidak berpihak kepada mana-mana. 

Namun, kisah ini bukanlah kisah aku. Kisah ini adalah mengenai kebangkitan seorang raja kegelapan yang dikenali sebagai The Black King yang telah menyebarkan benih-benih kegelapan kepada ketiga-tiga buah negara yang mengakibatkan berlakunya Perang Dunia Keenam. Dan aku, hanyalah si pemerhati yang setia, yang sentiasa berdiri teguh di belakangnya memerhatikan segala-galanya dari mula hingga ke penghujung.



HIS DOPPELGANGER


Iris Gwendall, kedengarannya indah melambangkan kecantikan tuan punya nama dan keindahan pekertinya. Namun semuanya hanya indah pada nama kerana Iris ialah seorang gadis bermasalah, berperawakan agak kasar dan suka menyendiri. Dibenci ramai kerana tingkah laku yang kasar dan menjadi penghuni tetap bilik tahanan Akademi Hovelate hampir setiap minggu. Kehadiran pelajar baru, Venn Michal pelajar ceria dan baik hati membuatkan dia rimas. Mereka bagaikan garisan selari yang tidak akan bertembung walaupun seinci. Namun, sesuatu peristiwa berlaku menyebabkan kedua-dua mereka terpaksa mengharungi seharian bersama dan Iris mulai memahami erti persahabatan dan cinta. Pertemuan Iris dengan abang kembar Venn, Virus Michal membuatkan gadis itu berfikir dua kali untuk menerima cinta Venn. Namun pasangan kembar itu mempunyai satu rahsia besar yang mampu mengubah kehidupan Iris selamanya.


THE VAMPIRES' OATH


Veronika Ishikawa, gadis kacukan Romania dan Jepun ialah seorang gadis nakal dan sangat-sangat tidak mempercayai kewujudan paranormal. Hobinya ialah mempersendakan kawan baiknya, terutamanya tentang kewujudan dan kesahihan makhluk malam yang digelar Vampire. Namun, apabila dia dicabar untuk berkunjung ke sebuah negara kecil yang terletak berhampiran Romania demi mengkaji salah-silah vampire di situ untuk tugasan tesisnya sebagai mahasiswi jurusan Sejarah, dia menjadi teruja apabila dia menemui perkara-perkara yang sangat tidak dijangka. Pertemuannya dengan seorang bekas wartawan hiburan yang kini menjadi jurnalis bebas juga mencabar mindanya apabila dia mula mengetahui yang lelaki itu, Ryuu Touda juga menyimpan sebuah rahsia mengenai salah-silah vampire. Pada masa yang sama, Veronika juga semakin tertarik masuk ke dalam kehidupan sebuah music band kegilaan seluruh dunia, yang tanpa diduga semua ahlinya berasal dari golongan vampire.



COFFEE, PARFAIT OR ME?

Cerita ni ada banyak watak yang mempunyai kepelbagaian perwatakan. Berkisar tentang kehidupan 5 orang pemuda yang bekerja di sebuah kafe bernama Parfee Cafe. Masing-masing ada cerita dan kisah mereka sendiri. Selain tu, saya ada selitkan kisah-kisah cinta diorang yang akan berkembang mengikut plot cerita ni. Watak-wataknya ialah Zarique big bos yang sinis, Wing mamat baik hati yang sentiasa tersenyum tapi sebenarnya agak kejam di dalam, Shun si 'jambu' yang famous dan sedikit naif, Vince mamat bekas gangster yang ada hobi aneh dan Hero, budak genius yang agak emosional dan panas baran.

ESPER

Genone, sebuah tempat yang dikenali oleh masyarakat sebagai sebuah pusat pemulihan untuk penjenayah terpilih. Namun, tiada sesiapa pun tahu yang Genone sebenarnya ialah sebuah akademi yang menempatkan manusia-manusia istimewa yang dilahirkan sebagai Esper. Nasib lima orang manusia yang tidak pernah berjumpa mula bertembung setelah mereka dikumpulkan selepas mengalami nasib yang serupa selepas berlakunya gerhana matahari. Apakah sebenarnya yang telah berlaku dan apakah rahsia yang tersimpan di Akademi Genone? Adakah mereka ditakdirkan untuk menjadi kawan ataupun lawan?

Shiki, bekas pembunuh upahan yang ingin hidup bebas setelah menyesali dosa masa silamnya.
Len, mekanik muda misteri yang berhati dingin.
Rey, remaja genius penggodam yang bermasalah.
Bryanna, gadis riang yang menyimpan seribu satu rahsia.
Kurt, anggota polis pendendam yang disalah tuduh.


YOU ARE MINE


Honoria Hyden masih berusia 17 tahun apabila dia kematian kedua-dua ibu bapanya dalam satu nahas jalanraya di luar negara. Namun Honoria tahu, seseorang sedang menyembunyikan hakikat sebenar kematian kedua-dua ibu bapanya dan dia mengesyaki kematian mereka mempunyai kaitan dengan kemunculan beberapa orang saudara-mara yang langsung tidak dikenalinya selepas itu dengan motif-motif tertentu. Bersama seorang butler yang hanya 5 tahun lebih tua darinya, Dark,  Honoria bersumpah akan melindungi harta dan kediamannya dari jatuh ke tangan orang lain yang menginginkannya.

Apakah sebenarnya yang terjadi kepada kedua-dua ibu bapa Honoria dan siapakah saudara-mara Honoria yang muncul secara tiba-tiba selepas kematian mereka itu?

Bagaimanakah hubungan antara Honoria dan Dark sebagai cik muda dan butlernya apabila hakikatnya mereka terlalu membenci antara satu sama lain?



CONNECTION




Fan fiction light novel saya yang pertama dan diadaptasi dari anime Jepun bertajuk Kokoro Connect dengan pengubahsuaian. Mengisahkan lima orang pelajar berlainan personaliti menghadapi huru-hara apabila secara tiba-tiba fenomena body-swapping berlaku pada mereka. Bagaimanakah mereka mengharungi dugaan tersebut dan dalam masa cuba menyesuaikan diri dengan personaliti yang baru di samping cuba mengekalkan identiti diri sendiri tanpa menjejaskan hubungan persahabatan mereka?



NO. 6


No. 6 bermula apabila seorang budak lelaki bernama Sion yang dibesarkan di dalam persekitaran elit dan mendapat segala kemudahan dalam sebuah kawasan elit bernama Chronos di sebuah negara bernama No.6 memberi perlindungan kepada seorang lagi budak lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya dengan nama Nezumi (bermaksud 'tikus' dalam bahasa Jepun) pada malam hari jadinya yang ke 12. Mengetahui Nezumi ialah seorang pelarian dan sedang diburu pihak berkuasa No. 6, Sion amat berminat dengan Nezumi, mengubat luka tembakannya dan membiarkan Nezumi bermalam di biliknya untuk semalaman. Walaubagaimanapun, Nezumi menghilangkan diri keesokan harinya dan pihak berkuasa No. 6 akhirnya mengetahuinya dan melucutkan taraf elit Sion dan ibunya dan akhirnya dia dipindahkan keluar dari kawasan Chronos. Empat tahun kemudian, Nezumi dan Sion bertemu semula dalam keadaan yang kurang menyenangkan, namun kali ini Nezumi pula menjadi penyelamat kepada Sion yang ditangkap oleh pihak berkuasa No. 6 atas tuduhan membunuh dan memberontak kerajaan. Sion terpaksa meninggalkan ibu dan kehidupan lamanya sebagai warganegara No. 6 dan sedikit demi sedikit dia mula mengetahui rahsia di sebalik No. 6.

3 comments:

Mel said...

Cerita The Vampires Oath akak dh tak ada ke tak?

Mel said...

Cerita The Vampires Oath akak dh tak ada ke tak?

Unknown said...

Hi,kak.
Semua novel ni akak bukukan ke?Cerita the vampire oath tak ada sambungan lagi ke?