Friday, February 4, 2011

[HMDC] 01 - Kepompong

Selama 23 tahun dalam hidup, inilah pertama kali aku berasa yang kehidupan tu tak menyeronokkan! Entah siapalah yang mencipta frasa 'life is beautiful', aku pun tak tahu. Memang penipu besar. Kalau betul-betul life is beautiful, takdelah aku berhempas pulas macam orang gila, berpeluh-peluh macam orang lepas mandi di tengah-tengah bandar raya ni.

Untuk kali ke 10 hari ini aku membelek fail di tangan. Bait-bait ayat di resume kubaca berulangkali. Macamlah apabila temuduga nanti, perkara dalam resume yang akan banyak ditanya. Aku membaca resumeku sendiri dari perkataan 'RESUME' yang ditaip secara bold di perenggan paling atas resumeku.

Nama: Ishimoto Kagari. Umur: 22 tahun. Sebenarnya, kalau diikutkan tahun, usiaku sudah mencecah 23. Kelayakan: Pelajar tahun akhir Jurusan Linguistik dan Bahasa di Universiti Sendai. Jantina: perem...

Apa yang aku tulis ni? Kalau dah ada gambar passport aku yang dikepilkan bersama resume ni, tak payahlah aku tuliskan jantina!

Aku segera memasukkan semula resume di dalam fail merahku. Kesilapan pertama, noted

Aku berjalan perlahan-lahan memasuki bangunan setinggi 15 tingkat kepunyaan Syarikat GTH kepunyaan salah seorang jutawan terkemuka di Jepun. Sempat aku mengerling ke arah dinding bangunan itu yang diperbuat daripada kaca tinted

Oh tidak! Apa yang aku pakai ni? 

Aku mengenakan sepasang one piece suit yang kelihatan sempurna dengan skirt pendek bawah paras lutut. Kasutku juga ialah kasut bertutup berjenama Gucci yang baru kubeli minggu lepas menggunakan wang gaji kerja sambilanku di restoran Sushi yang dikumpul selama 3 bulan. 

Malangnya, sarung kakiku pula yang buat hal. Aku tersalah menyarungkan sebelah sarung kakiku dengan sarung kaki kawan serumahku yang berwarna kelabu muda itu. Memang aku agak kelam kabut pagi itu. Semuanya serba tak kena. Jam locengku tak berbunyi, telefon bimbitku dah habis bateri.

Aku menyumpah di dalam hati. Jadi selama ini, aku memakai sarung kaki berlainan warna sejak dalam tren lagi? Patutlah budak-budak perempuan sekolah tu asyik ketawakan aku saja. Fikirku teringatkan peristiwa di dalam tren tadi. Beberapa orang pelajar perempuan sekolah tinggi yang duduk bertentangan denganku di dalam tren kelihatan galak berbisik dan ketawa. Penat aku tercari-cari apa yang tak kena denganku tadi.

Kesilapan kedua, noted!

Aku melangkah masuk ke dalam bangunan GTH  itu perlahan-lahan. Mataku asyik memandang kekiri-kanan. Lebih baik aku tak perasan tentang stoking aku ni. Tak adalah aku malu lebih-lebih. 

Tapi orang ramai di dalam bangunan itu tidak ketawa, malah mereka tidak memandangku langsung. Mereka berjalan laju-laju, seolah-olah tidak perasankan orang disekeliling.

"Saya ada temuduga dengan Encik Suzuki jam 10 pagi." kataku di kaunter pertanyaan. Pakcik lengkap berseragam pegawai keselamatan tersengih-sengih memandangku yang barangkali nampak kelam kabut itu.

"Cik naik ke tingkat 10 ya." jawabnya sambil tangannya menunjuk ke arah lif di sebelah kanannya.

Aku tersenyum sedikit sebelum mengangkat kaki berjalan ke arah lif. Dalam hati terfikir adakah pakcik itu seorang yang pervert.

Aku sampai di tingkat 10 tepat jam 10 pagi. Kelihatan 3 orang calon lain sedang duduk berbaris di tepi sebuah bilik. Seorang pekerja menunjukkan sebuah kerusi kosong kepadaku dan menyuruhku menunggu namaku dipanggil.

Betapa gemuruhnya aku ketika itu, Tuhan sajalah yang tahu.

"Cik Ishimoto. Cik Kagari Ishimoto." seorang perempuan muda memanggil namaku setelah sejam aku menunggu. Ternyata akulah calon terakhir yang akan ditemuduga hari itu.

"Silakan masuk." kata perempuan itu tanpa senyum. Penat melayan agaknya. 

Aku masuk ke sebuah bilik seperti yang diarahkan. Kelihatan tiga orang penemuduga sedang duduk di hadapan sebuah meja panjang di hadapan bilik. Dua lelaki dan seorang wanita. Sebuah kerusi diletakkan di tengah-tengah bilik.

Langkah kakiku begitu berat. Terasa beban yang besar berada di hadapanku. Namun aku melangkah juga dan berjalan ke kerusi itu, lalu terus duduk tanpa dipelawa.

Tanpa dipelawa? Shit! Kesilapan ketiga, noted!

Sepatutnya aku menunggu hingga disuruh duduk dahulu, barulah aku boleh duduk. Itulah peraturan temuduga menurut laman web Jobstreet dan beberapa lagi buku peraturan temuduga yang sudah kukhatam beberapa kali itu. Perkara asas pun aku boleh terlupa. First impression aku pun sudah teruk sekarang.

Entah kenapa aku terus berdiri. Namun wanita penemudugaku itu menyuruhku duduk saja sambil tersenyum.

"Kenapa awak hendak kerja di syarikat kami?" soal wanita itu. Aku sudah berasa seperi disoal-siasat pihak polis sekarang.

"Emmm... sebab err sebab saya rasa saya boleh berjaya dalam apa yang saya buat. Saya yakin saya boleh memajukan lagi projek syarikat ini." kataku cuba tersenyum.

"Jadi... apakah projek syarikat ini yang cik tahu?" salah seorang penemuduga bertanyaku pula. 

Kali ini aku ternganga. Soalan macam ni, manalah aku tahu. Aku bukan pernah bekerja di sini, macam mana aku nak tahu apa projek syarikat?

Aku terdiam sambil tunduk memandang lantai. Tanganku sudah mahu keras dan mula berpeluk sejuk. Kalau aku diam, samalah macam aku tak tahu jawapannya. Seketika kemudian aku terpandang sarung kakiku yang berlainan warna itu. Mukaku merah menahan malu. Aku kemudian menyilangkan kakiku cuba menyembunyikan kakiku yang memalukan itu.

Wanita penemudugaku itu mula menutup mulutnya. Dia nampak macam hendak ketawa tetapi ditahan.

"Baiklah, terima kasih ya. Kami akan hubungi cik esok pagi kalau cik berjaya." wanita itu berkata sambil tersenyum. Namun senyumannya itu langsung tidak melegakan hatiku.

Aku bangun dari kerusi, tunduk hormat dan mengucapkan terima kasih sebelum berjalan keluar dari bilik itu.

Kesilapan keempat, tidak membuat kajian menyeluruh tentang syarikat dan jawatan yang dipohon. Noted!

3 comments:

farah manaf said...

hahaahaa

CI_ said...

Nice,
permulaan yang baik semasa ditemuduga adalah mengenalpasti silly mistakes yang sepatutnya tidak dibuat. hehe

oh, semasa ditemuduga memang ibarat polis dengan pesalah, jadi tak perlu hairan. itu benda normal.

tapi, tapi...
kenapa stokin boleh salah sarung ni?
kena prepare betul2 lepas ni kalau nak pergi kerja pula.

Sasha Aihara @ Virtual Writer said...

DK: hahaaa.... betul2!!