Thursday, January 9, 2014

2014 dan business baru

Salam dan selamat sejahtera...
SELAMAT TAHUN BARU 2014

Entri kali ni, bukanlah nak update novel tapi sebagai makluman kepada semua. Saya sekarang dalam proses untuk menghasilkan manuskrip untuk cuba diterbitkan, InsyaAllah. Proses yang amat mencabar sebab memerlukan ketekunan yang amat tinggi. Kadang-kadang, saya mengalami writer's block dan kesibukan urusan pejabat dan komitmen lain di luar jangkaan.

Pada masa ini juga, Alhamdulillah saya telah berjaya membeli rumah pertama saya yang bakal siap dan boleh diduduki mungkin tengah tahun ini. Tahun 2013 memang tahun yang sangat mencabar untuk diri saya, dari segi masa dan kewangan. Pertukaran tempat kerja dan perubahan suasana kerja pun ada membuatkan saya stress kadang-kadang dan ilham mengarang tu macam dah kurang.

Tapi, saya akan mula concentrate untuk manuskrip yang saya tengah usahakan sekarang dan doakan la karya sulung saya boleh berada di pasaran dan dapat tempat di hati pembaca semua.

Dan satu lagi... saya juga pengedar sah DVD Drama Korea, Jepun, Running Man. Kalau ada yang malas nak download dan nak beli DVD dengan harga yang berpatutan, boleh hubungi saya untuk pertanyaan. Korang juga boleh Like page blogshop saya iaitu MS Online House untuk tengok barang-barang lain yang ditawarkan.




atau emel ke nshashabilla@gmail.com untuk pertanyaan.

3 comments:

Emeliena said...

Semoga tahun 2014 ni sempat kita capai target dan azam. Ameen.

Jemput singgah : Rasa sakit ditinggalkan !

Unknown said...

Thank you,
The given information is very effective.
I’ll keep update with the same.
StaffXperts

OkiE a.k.a WitcH said...

hello sha :)
tahniah sbb dah ada rumah baru. mesti seronok dapat rumah sendiri...hehe
semoga berjaya siapkan ms sha yang pertama sbb saya pun sdg berusaha juga skg ni. sama2 kita lahirkan 'anak pertama' ya sha? hehe
btw, tahniah jg sbb dah ada business baru :)