Aria mengetatkan mafelanya lalu berjalan perlahan-lahan menyelusuri kedai-kedai di bandaraya Tokyo yang sangat sesak itu. Musim sejuk telah tiba namun, hanya salji nipis saja yang turun melayang bagaikan kapas putih kecil menimpa kepala Aria. Ada juga pejalan kaki menggunakan payung bagi mengelakkan gumpalan salji menimpa mereka, namun bagi Aria, dia lebih gemar membiarkan salji mengenai kepalanya. Sekali-sekala Aria mendongak ke langit merenung warna biru bersama-sama putik-putik salji di udara.
"Brrr... sejuk. Rasa macam darah aku akan keluar dari hidung. Mungkin aku patut singgah di kedai buku dulu." Kata Aria sendiri lalu berlari-lari anak menuju ke sebuah kedai buku di tepi jalan. Dia sempat mengetuk-ngetuk butnya membuang sisa-sisa salji di kaki. Tanpa membuang masa, Aria berjalan menuju ke bahagian komik shoujo, cuba mencari-cari komik yang dilukisnya.
Hatinya sedikit kecewa melihat masih banyak stok Aisuru wo Oshiete Kudasai di atas rak. Malah, dia berasakan komiknya seperti tidak luak di kedai itu. Aria bersandar pada rak itu. Dipandangnya pelanggan yang lalu-lalang yang sekadar memandang komiknya namun tidak pula membeleknya.
Aria mengeluh berat.
Dari jauh, Aria ternampak Yoshino Kotaro berjalan memasuki kedai buku itu. Terus Aria menyembunyikan dirinya di belakang rak lalu mengintai lelaki itu yang sedang berjalan ke arah kaunter. Dia tertunduk-tunduk kepada seorang lelaki yang dipanggilnya sebagai 'Pengurus' sebelum mula berjalan ke arah rak yang menempatkan komik-komik Aria. Aria mula merapati mereka cuba menangkap perbualan Yoshino Kotaro dengan Pengurus kedai.
"Encik Yoshino, bukan kami tak cuba buat promosi, tapi nampaknya komik pelukis Rukawa Aria tu kurang digemari." Pengurus kedai membuat muka meminta maaf.
Yoshino Kotaro memandang komik-komik itu sekilas sebelum memandang wajah Pengurus kedai semula. "Tuan Pengurus, apa yang saya nampak kat sini, awak sengaja menganak-tirikan komik terbitan pelukis ni. Saya tak nampak sebarang unsur promosi komik ni dalam brochure komik di kedai awak. Awak sengaja susun komik-komik ni di rak paling atas, jadi pelanggan susah nak ambil." Suara lelaki itu kedengaran serius sebelum dia mula mencapai sebuah komik itu.
"Tengok, saya yang tinggi ni pun terpaksa berjengket untuk ambil, apatah lagi pelanggan-pelanggan perempuan yang berbadan rendah."
Aria merenung Yoshino Kotaro lama-lama dengan wajah yang merah padam. Sungguh tidak disangka lelaki itu sanggup datang ke kedai buku demi memeriksa jualan komik-komiknya.
Pengurus kedai terdiam tidak terkata apa-apa. Dia hanya mengangguk lalu berjanji akan membaik pulih susunan dan promosi komik Aria itu. Aria yang mengintai dari belakang rak hanya memerhati saja dengan senyap. Wajah serius Yoshino Kotaro ditenungnya lama-lama.
Yang mana satu sifat kau yang sebenarnya, Encik Yoshino Kotaro?
Aria mengekori lelaki itu dengan senyap dari belakang. Jantungnya terasa hangat hanya dengan memandang belakang lelaki itu yang ditutup dengan sehelai kot labuh yang selalu dipakainya. Hidung Aria semakin kemerahan dan jantungnya semakin menendang kencang. Rasa cintanya pada lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi, apatah lagi melihat lelaki itu bersungguh-sungguh memeriksa jualan komiknya di beberapa lagi kedai buku berhampiran.
Aria menekan-nekan belakang penselnya kuat di meja seraya matanya sedang merenung Yoshino Kotaro yang sedang duduk bersilang kaki di sofa sambil membelek-belek beberapa skrip komik di atas meja. Dia menggunakan pen merah membetulkan beberapa kotak dalam manuskrip komik itu dan memangkah beberapa babak yang tidak perlu dan diingini.
"Encik Yoshino, berapa orang pelukis komik lagi di bawah seliaan kau?" Aria menyoal. Moodnya untuk melukis terhenti tiba-tiba.
"Empat orang semuanya. Tapi, cuma sensei sorang saja yang tak ikut deadline yang ditetapkan." Jawabnya selamba tanpa mengangkat kepala memandang Aria. Gadis itu segera mengerutkan muka. Tak perlulah menyindir aku, okey!
"Kau... kau selalu periksa jualan komik-komik yang kau edit ke? Maksud aku dari kedai ke kedai." Soal Aria gugup. Wajah Yoshino Kotaro masih dipandangnya.
"Aku periksa jualan di internet saja. Takde kerja aku nak pergi dari kedai ke kedai. Dah la sekarang ni tengah musim sejuk." Katanya.
Aria bangkit dari meja kerjanya dan mengambil tempat di sofa. Dia menekan dagunya kuat sambil bersandar di sofa. "Jualan komik aku tak begitu baik. Mungkin aku memang tak ada bakat melukis komik." Katanya perlahan. Semangatnya benar-benar jatuh pada hari itu memikirkan jualan komiknya yang tidak begitu memberangsangkan.
Yoshino Kotaro memusatkan pandangan matanya tepat ke wajah Aria. "Jangan merungut. Dulu, kau jugak bersemangat cakap yang kau akan memperbaiki kualiti komik kau dan naikkan jualannya melebihi komik-komik lain kan? Daripada kau buang masa bersedih-sedih fikir pasal kegagalan kau, lebih baik kau fikir macam mana cara nak perbaikinya."
Dia sedang memberi semangat pada aku? Cara dia memang sinis, tapi, kenapa agaknya setiap kali aku dengar dia menggunakan ayat-ayat yang menyakitkan hati, aku akan lebih bersemangat? Adakah selama ini dia sememangnya beri dorongan pada aku? Kenapa agaknya dia tak mengaku yang dia memang pergi dari kedai ke kedai untuk periksa jualan komik aku?
Buat pertama kalinya, Aria seolah-olah melihat lelaki itu tersenyum padanya seperti senyumannya ketika kali pertama mereka berjumpa di perpustakaan dulu. Dia terkedu apabila Yoshino Kotaro bangkit dari sofa dan meletakkan tangannya di atas kepala Aria sebelum menggosok-gosoknya perlahan seperti sedang membelai seekor anak kucing.
"Jangan risau sangat, okey!" Kata Yoshino Kotaro sebelum mula menyarungkan kotnya bersiap-sedia hendak meninggalkan tempat itu.
Wajah Aria kembali merona merah. Dipandangnya belakang lelaki itu seperti selalu, namun kali ini hatinya lebih tersentuh dan meronta-ronta. Sesuatu yang terbuku lama di dalam hatinya seperti akan dimuntahkan tidak lama lagi.
"Aku cintakan kau." Bisik Aria perlahan tanpa disedarinya.
Yoshino Kotaro menoleh memandang muka Aria yang semakin merah padam itu. "Kau ada cakap apa-apa dengan aku ke, sensei?" Dia menyoal membuatkan Aria tersedar yang dia telah terlepas cakap. Segera dia menggeleng pantas sambil tersengih.
"Selamat jalan, Encik Yoshino. Jangan mati beku di tengah-tengah jalan pula." Aria melambai-lambai.
Tanpa disedari Aria selepas pintu apartmennya ditutup, Yoshino Kotaro berdiri bersandar di hadapan pintu sambil menekup wajahnya untuk beberapa ketika. Dia berdengus kecil sambil mengeluh. "Ah... kacau!" Dia memandang sekilas pintu rumah Aria sebelum mengatur langkah dari situ.
****
Aria bersandar keseorangan di dalam dewan Hotel Rivetta bersama-sama segelas champagne di tangannya. Malam itu, dia dijemput menghadiri persidangan pelukis-pelukis komik di wilayah Kanto di hotel itu bersama-sama syarikat-syarikat penerbitan terkemuka terutamanya di sekitar Tokyo. Gadis itu kelihatan begitu elegan apabila mengenakan sehelai evening dress berwarna hijau lembut yang mendedahkan pangkal leher dan lengannya. Pertama kali dia memakai pakaian secantik dan semahal itu. Selalunya, dia hanya berpakaian t-shirt kasual sahaja. Rambut panjangnya diikat tinggi dengan sepasang sepit berbentuk rama-rama kecil.
Walaupun Aria agak yakin dengan penampilannya, namun hakikatnya dia cukup takut untuk berhadapan dengan orang ramai. Sebab itulah dia lbih gemar bersendirian di tepi dinding. Setiap sapaan hanya dibalas dengan senyuman sahaja.
Walaupun Aria agak yakin dengan penampilannya, namun hakikatnya dia cukup takut untuk berhadapan dengan orang ramai. Sebab itulah dia lbih gemar bersendirian di tepi dinding. Setiap sapaan hanya dibalas dengan senyuman sahaja.
Mata Aria tertancap pada wajah senyum Yoshino Kotaro yang sedang berbual-bual dengan dua orang wanita cantik di tengah-tengah dewan itu. Wajah Aria mulai masam mencuka. Dia tahu wanita-wanita itu ialah pelukis-pelukis komik shoujo yang turut berada di bawah seliaan lelaki itu juga.
Dia tak senyum macam tu pun bila bercakap dengan aku. Memang sah dia cuma suka perempuan-perempuan cantik saja.
Yoshino Kotaro menghampiri Aria yang sedang membentuk-bentuk bibirnya berseorangan di tepi dinding. Dia bersandar betul-betul di sebelah gadis itu sambil membelek-belek telefon bimbitnya. "Kau ni cubalah bersosial sikit di majlis macam ni. Inilah masanya kau perkenalkan karya kau pada orang lain. Manalah tahu, kalau nasib kau baik, komik kau akan ditawarkan untuk dibuat anime atau filem live action."
"Komik aku yang tak berapa laku tu, kau ingat ada orang akan pandang ke?" Aria menyoal berbunyi sinis.
Terus Yoshino Kotaro memandangnya tajam. Sebenar-benarnya, pada ketika itu hati Aria terguris melihat betapa berbezanya layanan lelaki itu terhadapnya berbanding dengan pelukis-pelukis lain. Senyuman manis yang terukir di bibir Yoshino Kotaro dan ucapan-ucapan lembut tidak pernah diungkapkan kepadanya.
"Apa masalah kau ni?" Yoshino Kotaro menyoal.
"Pergilah layan pelukis-pelukis lain yang lebih bagus. Tak payahlah kau buang masa bercakap dengan aku kat sini kalau kau tak mahu. Aku pun dah nak balik ni." Bentak Aria lalu mula berkira-kira hendak berlalu dari situ. Namun tangannya disentap oleh Yoshino Kotaro membuatkan gadis itu terdorong ke dalam pelukan lelaki itu. Aria tergamam apabila badannya dipeluk lelaki itu dan mereka berdua kini menjadi tumpuan beberapa orang tetamu yang berdiri berdekatan.
"Cubalah bersikap positif sikit, sensei. Kalau kau tak yakin pada diri sendiri, tak ada orang akan yakin pada kau. Beranilah berdepan dengan orang lain. Jangan risau sebab aku akan sentiasa bantu kau." Yoshino Kotaro berbisik di telinga Aria sebelum merungkaikan pelukannya.
Aria mendongak memandang tepat ke anak mata lelaki itu. Lehernya terasa hangat apabila merasai hembusan nafas Yoshino Kotaro sebentar tadi. Perlahan-lahan Aria mengangguk lalu mula mengatur langkah mengikuti editornya itu berjumpa dengan beberapa orang tetamu di dalam majlis itu. Keyakinan dirinya semakin bercambah apatah lagi setelah melihat lelaki yang dipujanya dalam diam itu berada di sisinya pada malam itu. Yoshino Kotaro telah menyihirnya dengan begitu mudah.
Terus Yoshino Kotaro memandangnya tajam. Sebenar-benarnya, pada ketika itu hati Aria terguris melihat betapa berbezanya layanan lelaki itu terhadapnya berbanding dengan pelukis-pelukis lain. Senyuman manis yang terukir di bibir Yoshino Kotaro dan ucapan-ucapan lembut tidak pernah diungkapkan kepadanya.
"Apa masalah kau ni?" Yoshino Kotaro menyoal.
"Pergilah layan pelukis-pelukis lain yang lebih bagus. Tak payahlah kau buang masa bercakap dengan aku kat sini kalau kau tak mahu. Aku pun dah nak balik ni." Bentak Aria lalu mula berkira-kira hendak berlalu dari situ. Namun tangannya disentap oleh Yoshino Kotaro membuatkan gadis itu terdorong ke dalam pelukan lelaki itu. Aria tergamam apabila badannya dipeluk lelaki itu dan mereka berdua kini menjadi tumpuan beberapa orang tetamu yang berdiri berdekatan.
"Cubalah bersikap positif sikit, sensei. Kalau kau tak yakin pada diri sendiri, tak ada orang akan yakin pada kau. Beranilah berdepan dengan orang lain. Jangan risau sebab aku akan sentiasa bantu kau." Yoshino Kotaro berbisik di telinga Aria sebelum merungkaikan pelukannya.
Aria mendongak memandang tepat ke anak mata lelaki itu. Lehernya terasa hangat apabila merasai hembusan nafas Yoshino Kotaro sebentar tadi. Perlahan-lahan Aria mengangguk lalu mula mengatur langkah mengikuti editornya itu berjumpa dengan beberapa orang tetamu di dalam majlis itu. Keyakinan dirinya semakin bercambah apatah lagi setelah melihat lelaki yang dipujanya dalam diam itu berada di sisinya pada malam itu. Yoshino Kotaro telah menyihirnya dengan begitu mudah.
Aria kelihatan terangguk-angguk apabila bercakap di dalam telefon bimbit dengan seorang penerbit dari sebuah studio penerbitan animasi yang agak terkenal. Dia hampir bersorak kegembiraan apabila mendapat khabar berita yang komiknya akan dijadikan anime tidak lama lagi dan dia akan mendapat royalti yang sangat berpatutan. Komik Aria semakin mendapat tempat di mata pembaca dan jalan ceritanya telah memikat penerbit tersebut. Tawaran membuat animasi untuk komik shoujo agak berkurang berbanding dengan animasi komik shonen (komik lelaki) dan Aria benar-benar berasa bersyukur.
Yoshino Kotaro sekali lagi membuat perkara yang tidak diduga apabila dia semakin kerap menggosok-gosok kepala Aria setiap kali gadis itu memberi perkhabaran gembira ataupun ketika dia sedang memujinya. Senyuman manis masih jarang terukir di bibir editor itu, namun Aria begitu pasti lelaki itu gembira untuknya.
Mestilah dia rasa seronok juga. Dia yang edit komik-komik aku.
Tetapi, Aria semakin runsing. Dia tidak pasti berapa lama lagi dia dapat menahan perasaannya terhadap lelaki itu. Semakin kerap mereka bertemu, semakin resah jadinya. Sokongan dan galakan lelaki itu membuatkan dia semakin takut. Aria risau yang dia sebenarnya bertepuk sebelah tangan dan perasaan cinta yang semakin berbunga-bunga itu akan memakan dirinya sendiri. Hatinya juga menjadi tidak tenteram setiap kali melihat Yoshino Kotaro melayan pelukis-pelukis lain seperti wanita dewasa, sedangkan dia dilayan seperti seorang kanak-kanak yang sentiasa memerlukan tunjuk ajar dan bantuan daripada orang lain.
Sebab itulah Aria bertekad untuk menjadi lebih dingin. Dia ingin mengekalkan hubungan profesional bersama editornya dan Aria sedaya upaya akan mematikan perasaannya terhadap lelaki itu. Dia tidak sanggup lagi memikul perasaannya itu yang dia amat pasti tidak akan berbalas.
"Sensei, kau tak apa-apa?" Yoshino Kotaro menyoal Aria pada satu hari apabila dia tidak lagi bertekak dengan lelaki itu setelah pendapatnya ditolak mentah-mentah. Kali ini, Aria hanya menerima teguran Yoshino Kotaro tanpa banyak kerenah seperti selalu. Dia semakin kurang bercakap dan akan sedaya upaya meminimumkan pandangan matanya ke arah lelaki itu.
"Kau tak sihat?" Yoshino Kotaro menyoal lagi seraya meletakkan tangannya di atas dahi Aria. Wajah Aria berubah kemerahan namun dia segera menepis tangan lelaki itu dengan cepat. Dia tidak lagi mahu terus hanyut dalam cinta sebelah pihak itu.
"Jangan sentuh aku! Aku sihat. Encik Yoshino, aku rasa selepas ni tak perlulah kau kerap datang ke rumah aku. Aku akan ikut deadline yang diberi dan aku pun ada pembantu-pembantu aku sendiri. Kau tak perlu bersusah payah datang tiap-tiap hari walaupun deadline aku masih lambat lagi."
Yoshino Kotaro memandang gadis itu dengan muka yang tidak percaya. Namun, dia langsung tidak memberi sebarang reaksi sebaliknya hanya terus merenung dalam-dalam ke anak mata Aria seperti menetahui yang pandangan matanya itu akan dapat mencairkan hati Aria bila-bila masa saja.
"Kenapa ni?" Yoshino Kotaro menyoal lembut.
Hati Aria berdegup kencang mendengar suara itu namun dia pantas mencubit pahanya sendiri. "Tak ada apa-apa. Aku cuma rasa tak eloklah kau kerap sangat ke sini. Aku boleh buat kerja aku sendiri."
Tolonglah pergi, Yoshino!
Yoshino Kotaro bangkit dari sofa sambil mula mengemas-ngemas skrip-skrip komik yang akan disemaknya lalu disusun kemas dan dimasukkan ke dalam sebuah fail. Dia tunduk 45 darjah kepada Aria. "Sensei, maaf kerana menganggu. Mungkin aku terlupa yang aku ni sekadar editor kau." Katanya lalu berjalan ke pintu, memakai kasutnya dan keluar dari apartmen Aria dengan senyap.
Aria mengeluh dengan hati yang tersangat pedih. Dia menghempaskan punggungnya di tempat duduk Yoshino Kotaro tadi. Masih terasa haba dari badan lelaki itu yang ditinggalkan di atas sofa. Perlahan-lahan air mata Aria mengalir di pipi apabila memandang sekeliling rumahnya yang senyap sunyi itu. Dia mula mengangkat kaki dan berbaring di atas sofa sambil menggenggam erat tempat duduk Yoshino Kotaro tadi.
"Lepas ni, hubungan kami hanyalah sebagai pelukis komik dan editor saja. Dia takkan datang ke sini lagi." Bisik Aria perlahan.
****
Aria menelefon ke syarikat penerbitan komiknya bercadang ingin menghantar faks lakaran awal untuk diedit oleh Yoshino Kotaro. Telefon bimbit lelaki itu tidak berjawab dan dia tidak pernah datang lagi ke rumah Aria selepas hari itu. Editor lamanya, Minase yang menjawab panggilan telefonnya.
"Awak tak tahu, sensei? Saya ingatkan dia dah bagitahu awak." Kata Minase setelah Aria memberitahu yang dia ingin berbicara dengan Yoshino Kotaro.
"Bagitahu apa?" Aria menyoal hairan.
"Hari ni, dia cuti sebab dia ke lapangan terbang. Pesawat akan berlepas pukul 2 nanti. Saya ingatkan kamu berdua memang rapat sebab Encik Yoshino memang sangat-sangat ambil berat dengan sensei. Lagipun, dia yang minta tukar dengan saya sebab nak jadi editor sensei."
Rahang Aria mula terbuka luas.
"Dia juga yang beria dapatkan peruntukan lebih untuk mempromosikan komik sensei tu dan dia juga yang memperkenalkan penerbit studio anime kepada bos kami untuk projek anime komik tu."
Rahang Aria mula terbuka luas.
"Dia juga yang beria dapatkan peruntukan lebih untuk mempromosikan komik sensei tu dan dia juga yang memperkenalkan penerbit studio anime kepada bos kami untuk projek anime komik tu."
"Dia... dia buat begitukah untuk semua pelukis komik di bawah dia?" Aria menyoal gugup.
"Tak adalah. Cuma komik Aisuru wo oshiete kudasai je. Bila kami tanya, dia cakap yang dia sangat-sangat sukakan komik tu sebab komik tu bagaikan kisah hidup dia dengan perempuan yang dia suka." Balas Minase.
Jantung Aria bagaikan hendak gugur pada waktu itu. Adakah semuanya sekadar kebetulan ataupun lelaki itu memang sudah tahu perasaannya sejak dulu? Sejak mereka masih belum bekerja bersama?
Komik itu sebenarnya mengisahkan seorang gadis yang tidak pernah bercinta, telah terjatuh hati kepada seorang lelaki yang bekerja di sebuah kedai buku. Sejak hari itu, gadis itu selalu berkunjung ke kedai itu semata-mata ingin memandang lelaki itu dari jauh tanpa berani menyuarakan perasaannya. Plot ceritanya semakin berkembang apabila gadis itu juga turut bekerja separuh masa di kedai buku yang sama dan hubungan mereka semakin lama semakin rapat. Namun, gadis itu tidak sempat melafazkan perasaannya apabila lelaki yang dicintainya itu meninggalkannya untuk menyambung pelajaran ke luar negara.
Aria mengaku yang sedikit sebanyak, jalan cerita komiknya itu dipengaruhi oleh perasaannya pada Yoshino Kotaro.
"Pukul berapa pesawat tu berlepas?" Aria menyoal tidak sabar.
Aria tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda dengan nafas yang termengah-mengah. Matanya meliar mencari-cari pintu perlepasan antarabangsa ke New York, Amerika Syarikat.
Rasa macam sedang berlakon dalam filem pulak. Tak sangka aku sedang kejar seseorang di lapangan terbang. Aria sempat tersenyum nipis.
"Panggilan terakhir untuk penumpang pesawat Japan Airline ke New York, sila masuk melalui pintu 3 sekarang."
Sebaik sahaja pengumuman itu dibuat, Aria bergegas berlari menuju ke pintu 3 yang agak jauh itu. Dia semakin risau jika tidak sempat berjumpa dengan Yoshino Kotaro. Terlalu banyak benda yang ingin ditanyanya kepada lelaki itu. Terlalu banyak benda yang ingin disampaikan. Dia takut sekiranya kisah komiknya benar-benar akan menjadi kenyataan. Untuk seketika dia seperti menyumpah dirinya kerana membuat jalan cerita seperti itu.
Aria terduduk lemah di hadapan pintu 3 kerana dia tidak dibenarkan melalui pintu itu kerana tidak mempunyai tiket. Penat Aria merayu mengatakan dia perlu berjumpa dengan seseorang di atas kapal terbang, namun ternyata Aria bukanlah sedang berlakon di dalan filem. Dia tidak dibenarkan memasuki pesawat hanya untuk berjumpa dengan lelaki pujaannya seperti yang berlaku dalam filem. Aria menangis semahu-mahunya.
"Sensei? Kenapa kau terduduk atas lantai ni?" Suara seorang lelaki menegurnya dari belakang membuatkan Aria terkejut besar. Dia menoleh dan wajahnya berubah melihat Yoshino Kotaro sedang berdiri memandangnya dengan wajah yang amat terperanjat.
Tanpa semena-mena, Aria bangkit berdiri dan menerkam ke arah lelaki itu. Dia memeluknya sekuat hati dan menangis teresak-esak. "Jangan pergi. Jangan tinggalkan aku. Aku minta maaf sebab halau kau. Aku nak kau terus jadi editor aku. Aku tak tahu kau dah banyak tolong aku sebelum ni. Tolonglah jangan pergi, Yoshino."
Mata Yoshino Kotaro kelihatan terkebil-kebil dan dia terasa canggung. "Err... pergi mana? Aku tak pergi mana-manalah. Hari ni aku cuma nak hantar adik aku pergi belajar di New York." Katanya membuatkan Aria terus terdiam. Pelukannya dirungkaikan dan dia memandang Yoshino Kotaro dengan muka dan mata yang merah diselaputi air mata.
"Kau masih bekerja sebagai editor aku? Kau bukannya nak pergi sambung belajar?" Aria menyoal malu kerana dia sedar yang dia telah terlalu mengikut perasaan hinggakan terbawa-bawa ke dalam plot komiknya.
Yoshino Kotaro menggeleng. "Aku masih editor kau. Aku takkan pergi mana-mana."
"Okey, aku tersilap. Aku balik dulu." Aria benar-benar berasa malu. Kalau hendak diikutkan hatinya, dia mahu mencari lubang untuk menyembunyikan diri, namun Yoshino Kotaro pantas menarik lengannya.
"Kau takut aku tinggalkan kau? Kenapa?" Lelaki itu menyoal membuatkan Aria resah.
"Mestilah, kau kan editor aku. Kalau kau pergi, siapa yang akan edit manuskrip komik aku lagi?" Aria berkata sedikit gugup.
Yoshino Kotaro mula membuat wajah serius sebelum tunduk mendekatkan wajahnya ke wajah Aria. Gadis itu cuba menarik tangannya dan memandang ke arah lain. "Rukawa Aria, kalau kau tak mahu aku cium kau di khalayak ramai ni, lebih baik kau mengaku cepat."
Wajah Aria terus merona merah. "Mengaku apa?"
Yoshino Kotaro mengukir senyuman sinis. "Aku dah lama tahu perasaan kau tu. Senang sangat nak baca wajah kau. Malah, sejak kau stalk aku tiap-tiap hari Sabtu di perpustakaan pun aku dah tahu."
Aria memandang lelaki itu dengan takjub. "Kau tahu pasal tu? Kau kenal aku sebelum kau jadi editor aku?" Kini, Aria mulai sedar yang wajah Yoshino Kotaro juga mulai berubah. "Adakah selama ni kau..."
"Habis tu, kau ingat aku datang ke perpustakaan tiap-tiap hari Sabtu tu sebab apa? Sebab aku nak jumpa kaulah. Lagipun, aku yang minta supaya aku dapat jadi editor kau dan bertukar dengan Cik Minase sebab aku nak sentiasa dekat dengan kau. Aku memang dah kenal kau sejak dulu lagi, sejak aku mula-mula bekerja sebagai editor komik. Aku baca semua hasil karya kau. Bila aku terserempak dengan kau di perpustakaan, aku rasa gembira sangat. Aku memang nak sangat bekerja dengan kau." Kata Yoshino panjang lebar.
Wajah Aria semakin menjadi merah padam. "Tapi, kenapa kau layan aku teruk sangat dulu? Kau cakap komik aku buruk."
"Mestilah aku cakap macam tu sebab aku segan dengan kau. Dengan cara tu saja, kita boleh selalu bercakap. Kalau aku cuma bercakap pasal kerja, hubungan kita cuma setakat itu saja." Balas Yoshino Kotaro sebelum melepaskan tangan Aria.
"Kau suka dekat aku ke Encik Yoshino? Aku ingatkan aku yang jadi stalker kau. Rupa-rupanya, kau lagi teruk dari aku." Aria ketawa membuatkan lelaki di hadapannya nampak tersipu-sipu.
"Diamlah kau, Rukawa Aria. Lepas ni, aku takkan berlembut dengan kau dalam soal kerja. Pastikan komik kau siap tepat pada masanya."
"Kau suka dekat aku ke Encik Yoshino? Aku ingatkan aku yang jadi stalker kau. Rupa-rupanya, kau lagi teruk dari aku." Aria ketawa membuatkan lelaki di hadapannya nampak tersipu-sipu.
"Diamlah kau, Rukawa Aria. Lepas ni, aku takkan berlembut dengan kau dalam soal kerja. Pastikan komik kau siap tepat pada masanya."
Kini Aria mengukir senyuman. Dia memandang tepat ke wajah lelaki itu yang turut tersenyum padanya. Dia kini tahu yang kisah cintanya akan bermula, malah lebih manis dan indah dari kisah di dalam semua jenis komik dan filem yang pernah ditontonnya. Dan Aria akan terus menggenggam rasa cintanya itu bersama-sama dengan lelaki yang akan sentiasa menyokongnya. Itulah yang lebih penting dari paras rupa. Hanya kepercayaan dan sokongan masing-masing yang boleh menjadi asas kepada perhubungan mereka selepas itu walaupun Aria masih tidak tahu bagaimana penghujung kisah cintanya.
"Terima kasih, Yoshino Kotaro sebab kau datang pada aku."
"Terima kasih, Yoshino Kotaro sebab kau datang pada aku."
(tamat)
****
ps: korang suka tak kalau sy remake cerpen ni jadi projek e-novel sy yg seterusnya lepas habis HMDC 2 dan CPOA dgn cerita yg lebih pnjang, watak yg lebih byk, dn jln cerita yg lebih kompleks?

Sweet sangat lah kisah diorang,. .
ReplyDelete..
..
Suka suka,
buat jadi E-novel lg bgus!
nak!nak!nak!..best cerita ni Sha..
ReplyDeletehehe..seronok baca!
menarik.. hepy ending :)
ReplyDeletemacam baca komik versi cerpen. dapat agak dari awal jalan cerita. ^^
ReplyDeletethanks sebab baca.. memang style cerita saya suma camni.. ala-ala komik yg dibuat novel/cerpen.
ReplyDeletekak sha memang WAJIB buat e-novel! cerita ni best!! outstanding gitu...
ReplyDeletemira memang harap sangat yg ianya dijadikan e-novel...