Seperti yang dijanjikan, HMDC 2 posted. Untuk pengetahuan, cerita ini berlaku selepas cerita HMDC Kousuke's story. Jadi, sila baca cerpen tu dulu sebelum baca yang ni, okeyh.
ENJOY..
-------------------------
Aku mengerling ke luar tingkap kapal terbang dengan hati yang cukup berdebar-debar. Selepas beberapa tahun aku bekerja di Vienna, akhirnya, aku balik juga ke tempat aku. Betullah kata orang, setinggi mana pun burung terbang, akhirnya akan balik ke sarang juga. Hahahaaa.... sebenarnya aku akui yang aku terlebih excited sebab dapat balik ke Jepun juga akhirnya sampaikan aku langsung tak dapat melelapkan mata dalam kapal terbang tadi. Nampaknya, kapal terbang ni akan mendarat tak lama lagi. Seronoknya...
Aku tergesa-gesa berjalan mengambil bagasi, menguruskan urusan imigresen dan keluar segera melalui pintu ketibaan. Mataku meliar mencari-cari kelibat orang yang aku kenal iaitu mestilah teman lelaki aku, Hyuuga Natsume. Dia kata, dia akan menjemputku dari Lapangan Terbang Narita hari ni. Mesti kakak aku lega banyak sebab tak perlu ambil cuti untuk menjemput aku hari ini.
"Ishimoto Kagari!" Seseorang menegurku dari belakang membuatkan aku menoleh cepat. Senyumanku hampir mati apabila memandang tuan empunya suara. Ternyata orang itu bukanlah teman lelakiku yang tercinta.
"Hahaa... Encik Hyuuga." Aku menegur kembali cuba menceriakan suara dan muka aku yang mulai hendak berubah menjadi kecewa itu.
Hyuuga Kousuke, abang kepada Natsume hanya ketawa sebelum berjalan menghampiriku dan mencapai bagasiku. "Maaflah, saya bukan Natsume. Budak tu ada kerja sikit, jadi dia minta saya datang jemput awak hari ni."
"Takpe, saya tak kisah." Kataku dengan senyum. Tak mungkin aku tak kisah! Beria-ria aku berangan boleh buat aksi macam dalam filem bila jumpa Natsume hari ni. Rupa-rupanya dia suruh abang dia jemput aku.
Aku menaiki kereta mewah Hyuuga Kousuke tanpa rasa canggung. Kami masih boleh berbual seperti biasa walaupun aku tahu yang dia pernah menaruh hati pada aku. Woww.. patut ke aku rasa bangga bila dua beradik berebutkan cinta aku? Errr, sebenarnya langsung tak!
"Awak nampak sihat. Tak sabar rasanya nak kenalkan awak pada Akane. Dia pun tak sabar nak jumpa awak." Kata Hyuuga Kousuke sambil memandu keluar dari perkarangan airport. Lega sangat dapat hirup udara segar negara Jepun ni.
"Saya pun sama. Tahniah untuk pertunangan awak. Cik Akane tu mesti bertuah dapat awak." Aku tersengih lebar. Seriously, aku terkejut jugak pada awalnya bila dapat email dari Hyuuga Kousuke yang dia dah jumpa dengan soulmate dia. Sekarang, tup tup, aku dapat cerita dia dah bertunang pula. Hebat betul. Yelah, dulu, mati-mati aku ingatkan dia kaki perempuan (memang betul pun, sebelum dia berjumpa dengan aku). Tapi, yang paling aku tak sangka sekali, bila dia mengaku yang dia cintakan aku tapi dia rela lepaskan aku untuk Natsume. Ishh... kalaulah Natsume bukan adik dia, agak-agak la dia akan lepaskan aku tak?
"Awak nak makan dulu?" Soal Hyuuga Kousuke mematikan lamunanku.
"Err, tak apalah. Dah kenyang melantak dalam kapal terbang tadi. Saya penat sikit sekarang dan rasa mengantuk." Kataku cepat.
Dia ketawa. "Jet lag ya? Okeylah, saya hantarkan awak balik ke rumah kakak awak dulu ya. Nanti, saya suruh Natsume telefon awak." Katanya lalu membelok memasuki jalan ke apartmen kakak. Fuhh... lega! Aku mengaku yang aku agak mengantuk sikit.
Macam biasa, aku tunduk hormat sambil mengucapkan terima kasih padanya sebaik sahaja keretanya terparkir di perkarangan apartmen kakak. Hyuuga Kousuke menarik senyuman lebar, senyuman yang dahulunya telah memikat hatiku ketika aku berumur 6 tahun dulu. Senyuman cinta pertama aku.
"Cik Kagari, selamat pulang." Katanya sebelum memandu pergi meninggalkanku.
Aku mengangguk. "Aku dah balik."
Malam itu, aku mengeluarkan kotatsu kepunyaan kakak dan sengaja kuletakkan di ruang tamu. Segala sofa dan meja kakak aku tolak ke tepi, macamlah rumah tu aku yang punya. Kakak aku memanglah mengamuk sikit sebab dia memang terurus orangnya. Tapi, dia taklah marah aku sangat sebab adik kesayangan dia ni baru balik dari luar negara.
"Dah lama tak duduk bawah meja kotatsu macam ni. Selesanya." Kataku malas sambil menelan kacang yang bersepah di atas meja kotatsu dan menonton TV dengan selamba.
"Kepala otak kau selesa. Sekarang ni musim panas tahu tak? Mana ada orang pakai kotatsu sekarang. Hishh, budak ni. Jangan sepahkan ruang tamu kakak ni."
Aku sekadar tersengih.
"Dia masih tak hubungi kau?" Tanya kakak. Mungkin dia sedar aku asyik menjeling handphone ku setiap 10 saat sekali.
Aku menarik muka masam. Bengang pulak rasanya memikirkan aku saja yang beria nak jumpa dengan dia. Dah 7 jam semenjak aku balik ke Jepun, tapi dia langsung tak hubungi aku. Tak guna, Natsume ni! "Tak. Lantaklah dia. Malas nak peduli." Kataku acuh tak acuh.
Sesaat selepas itu, telefonku berdering kuat. Pantas aku bangkt, mencapai telefon dan menekan butang menjawab tanpa melihat nombor pemanggil. "Helo, Natsume?" Kataku seperti kucing kelaparan. Alamak, aku desperate sangat ke?
Kakak ketawa menyindir. "Malas nak peduli konon.."
"Helo, Kagari? Ini akulah, Hotaru." Suara lembut kawan baikku kedengaran di corong telefon membuatkan aku terkesima. Aku menghentakkan dahiku perlahan ke meja Kotatsu.
"Hotaru, lama tak dengar suara kau. Rindunya." Kataku cuba menceriakan suara walaupun aku sedikit kecewa. Sepuluh minit berbual dengan Hotaru, terubat juga rasa rindu aku pada dia. Dia sekarang masih bekerja di Hyuuga Corporation dan menjadi penasihat undang-undang di situ.
"Kenapa kau tak telefon je budak tu, Kagari?" Kakak menyoal sebaik sahaja aku meletakkan telefon.
Aku menggeleng. "Biarlah dia telefon saya dulu. Dia kan lelaki."
Kakak sekadar menggeleng-gelengkan kepala. "Kau ni, dari dulu sampai sekarang tak berubah. Sampai bila kau nak terus tunggu dan tunggu? Kadang-kadang kau kena juga buat apa yang kau patut buat. Jangan ingat dia tu lelaki, dia patut mulakan semuanya. Natsume tu kan dah jadi boyfriend kau. Apa kau nak segan lagi?"
Memang aku segan. Kali terahir aku jumpa dengan dia ialah ketika dia buat pameran lukisan My Kagari dia tu di salah sebuah muzium di MQ, Vienna lima bulan yang lalu. Kami jarang berbual apatah lagi berjumpa. Aku dan dia cuma bercinta jarak jauh saja. Kadang-kadang aku mengaku yang aku takut hubungan kami takkan menjadi. Yelah, kami bukan selalu keluar dating macam kapel lain. Bila dia hantar email pada aku, selalunya dia akan bercerita pasal lukisan dia saja. Aku pun sama, asyik cerita pasal kerja. Hubungan kami, macam dah jadi makin hambar.
Tapi, aku mengaku aku rindukan dia. Aku sayang dia sangat-sangat. Tiap-tiap hari, aku asyik menghitung waktu untuk balik ke Jepun sebab nak jumpa dia. Tapi, bila aku dah sampai, dia langsung tak telefon aku. Sibuk sangat ke dia sekarang ni?
Tanpa disedari, habis renyuk pembalut kacang yang aku makan di tanganku dek terlalu bengang dengan Natsume.
Jam menujukkan pukul 1 pagi dan rumah kakak sudah bergelap. Dia dah tidur dalam biliknya, manakala aku masih di bawah kotatsu. Tak boleh nak tidur pula, sedangkan jet lag aku masih lagi terasa. Telefon bimbitku berdering lagi dan aku sekadar menjawab dengan malas.
"Helo, Kagari?" Jantungku hampir terhenti apabila terdengar suara itu. Suara Natsume di talian.
"Natsume?" Aku menyoal cuba mengawal suaraku yang dah mula nak sebak tu. Akhirnya, dia telefon aku juga.
"Maaf kalau kacau kau. Kerja aku baru habis. Kalau kau dah tidur, aku telefon esok sajalah." Katanya.
"Tak, tak ganggu." Kataku cepat, tak mahu dia letak telefon segera. Kami terdiam untuk beberapa ketika. Mungkin dia pun tak tahu nak cakap apa dengan aku. "Natsume?" Aku panggil dia.
"Emm?"
"Aku... aku... err, aku rindukan kau." Kataku dengan penuh rasa segan dan malu. Sejak berkapel dengan dia, aku rasa jiwa aku dah jadi semakin jiwang. Tak mungkin aku boleh sebut ayat-ayat yang menggelikan tekak aku ni dulu. Tapi sekarang...
Natsume terdiam tak terkata apa-apa. Alamak... dia tak suka ke aku cakap macam tu?
"Kagari, aku nak jumpa kau sekarang. Boleh?" Dia pula bertanya. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku pantas bersetuju dengan muka merah. Cepat-cepat aku menyarungkan cardigan dan mencapai kunci rumah.
"Kau nak pergi mana malam-malam ni?" Kakak menyoal di hadapan pintu biliknya dengan mata yang merah. Dia terjaga rupa-rupanya.
"Convenient store. Nak beli eclair." Kataku lalu pantas keluar dari rumah kakak, menyarungkan selipar dan berjalan ke arah lif. Aku menunggu di hadapan pintu besar apartmen itu sambil memandang ke kiri kanan. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 2 pagi apabila sebuah motorsikal Ducati hitam yang sangat-sangat aku kenali diparkir di hadapan apartmen itu. Natsume, nampaknya masih belum tukar kenderaannya. Disebabkan Ducati itulah, aku mengenalinya.
Aku terpaku memandang Natsume yang masih mengenakan kemeja putih longgar yang sudah berkedut seribu itu. Dia juga merenungku lama seperti sedang mengamati mukaku yang aku rasa macam dah semakin tembam sikit ni. Rambut hitamnya yang super serabai itu mengerbang sedikit ditiup angin apabila dia menanggalkan topi keledarnya.
Natsume tersenyum. Senyumannya yang biasa yang selalu mencairkan hati aku. Dia menyebut namaku perlahan sebelum berjalan pantas menghampiriku dan menarik aku dalam dakapannya. Aku tergamam tidak mampu berkata apa-apa. Bahang hangat mula mengalir di dalam darahku.
"Aku rindukan kau juga." Katanya separuh berbisik di cuping telingaku. Suasana yang agak sejuk itu, terus dihangatkan oleh badan dan suara Natsume. Alamak, dia dah mula menyihir aku lagi.
"Natsume, jom aku belanja kau makan eclair." Kataku sambil mengukir senyuman.
***
would love to hear ur comments.

apa la yg dibuat si natsume ni sampai sanggu biarkan kagari tunggu lama?ishh.. kesian kagari.. hehehee
ReplyDeletemuahahaha! i pun rindu you natsume,.,muahahahaa!!! but kousuke tetap di hati.. but! what the....?!!! kousuke dh tunang??!!!! sob333
ReplyDeletesukkkkaaanyaaaa saya....hehehe...
ReplyDeletefinaly....rindu dengan natsume..hehe
thanks Sha <3