Saturday, April 23, 2011

[HMDC Special] : Kousuke's story

ps: theme song utk cerpen ni bertajuk Down dari JJ Lin. Cerpen ni diinspirasikan dari lirik lagu ni, jadi sila hayati liriknya. 
jalan cerita yang biasa-biasa saja, tapi sedikit 'matured'. harap anda suka dan dipersilakan komen. HMDC 2 mini novel bakal menyusul.
---------------------------------------------------------

Kousuke menyentuh kepala Kagari. Dia mengusapnya perlahan sambil tersenyum. Gadis itu akan berangkat ke Vienna, Austria pada hari itu. Ishimoto Kagari, gadis pertama yang benar-benar dicintainya. Namun, dia rela melepaskan gadis itu kerana dia tahu yang Kagari bukan untuknya. Adik kesayangannya lebih berhak memiliki Kagari dan gadis itu juga mencintai adiknya itu.

"Jaga diri awak baik-baik tau." Pesan Kousuke. Matanya merenung wajah Kagari lama-lama. Baginya wajah itu terlalu indah walaupun hakikatnya Kagari bukanlah secantik mana. Kagari membalas senyumannya. 

"Awak pun sama Encik Hyuuga. Jangan lupa balas email saya nanti tau." Gadis itu membalas. Seketika kemudian, dia merapatkan bibirnya ke telinga Kousuke menyebabkan lelaki itu tergamam. Namun Kagari hanyalah berbisik. "Tolong tengokkan Natsume untuk saya."

Untuk seketika jantung Kousuke bagaikan terhenti mendengar kata-kata Kagari. Dia tahu betapa gadis itu sangat mencintai adiknya, Natsume dan dia juga tahu yang dia tidak mungkin boleh menceroboh ke dalam hati gadis itu walau apa pun yang dia lakukan. Baginya, kedua-dua mereka ialah orang yang penting baginya. Mengkhianati adiknya, samalah seperti membunuh darah dagingnya sendiri, walaupun kadangkala dia mengakui yang timbul perasaan cemburu dan tidak puas hati.

Kousuke hanya mampu menarik senyum dan cuba mengawal riak wajahnya supaya tidak jelas kelihatan. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada Kagari dalam diam.

Malam itu, Kousuke pulang ke apartmen mewahnya agak lewat. Dia menghabiskan masanya meneguk bourbon di sebuah bar di pinggir bandar Ginza bertemankan seorang pelayan bar yang sudi meminjamkan telinganya mendengar setiap masalah yang diajukan oleh pelanggannya. Kousuke terlalu mabuk untuk memandu malam itu menyebabkan pelayan bar terpaksa menelefon teksi untuk menghantarnya pulang.

Kousuke melonggarkan tali lehernya dan membuka dua butang paling atas kemeja kelabu cerahnya itu. Kepalanya bagaikan berpusing dan pandangannya berpinar menyebabkan langkahnya tidak teratur. Dia tiba di hadapan pintu rumahnya di tingkat paling tinggi di bangunan apartmennya itu setelah mengambil masa hampir sepuluh minit berjalan dari lif di tingkat bawah. Kousuke benar-benar mabuk.

Dia mengeluarkan kunci rumahnya dari poket seluar dan mula meraba-raba mencari-cari lubang kunci. Kakinya tersepak sesuatu menyebabkan dia tertunduk. Pandangan matanya yang berpinar itu menyebabkan dia tidak dapat melihat dengan jelas, dan dia terus duduk mencangkung.

Kelihatan seorang perempuan sedang berselimut hingga kekepala sedang duduk bersandar di dinding sebelah pintu rumahnya dan nampaknya gadis itu sedang tidur nyenyak. Kousuke lantas berdiri dan menyepak-nyepak badan gadis itu perlahan. "Hoi, bangun. Pergi balik tidur di rumah sendirilah." Suara Kousuke panjang dan nyaring. Namun gadis itu masih tidak terjaga.

"Ah.. malas aku nak peduli kau." Kata Kousuke lagi sebelum membuka pintu rumahnya dan menutupnya kuat. 

Selang beberapa saat, Kousuke kembali membuka pintu rumahnya. Dia memandang kearah gadis berselimut itu lama-lama. Seketika kemudian dia tunduk semula dan memandang wajah si gadis yang sedang nyenyak tidur itu. Perlahan-lahan Kousuke mengejutkannya sehinggalah gadis itu membuka matanya. Dalam samar-samar, Kousuke perasan yang mata gadis itu kelihatan sangat menawan.

"Kenapa kau tidur kat depan pintu rumah aku ni? Kau ni siapa?" Kousuke menyoal.

"Aku sejuk." Kata gadis itu perlahan. "Tolong hangatkan aku." Dan gadis itu kembali menutup matanya membiarkan Kousuke tergamam. Kousuke menggaru-garu lehernya yang tidak gatal. Dalam hatinya dia berasa aneh melihat ulah si gadis itu. Tidak sampai hati melihatkan si gadis itu kesejukan diluar, Kousuke mengangkat tubuh kecil gadis itu dan dibaringkan ke sofa. Dia melapikkan kepala gadis itu dengan bantal dan menyelimutkan gadis itu dengan selimut yang lebih tebal dan selesa. 

Kousuke berjalan perlahan-lahan ke arah pintu balkoni yang dibuat daripada kaca itu. Dia menyelak langsir dan memandang permandangan bandar Ginza yang basah disimbahi hujan lebat pada malam itu. Seketika kemudian Kousuke memandang ke arah gadis yang tertidur di sofanya lama-lama.

Kousuke mandi untuk menghilangkan bau bourbon yang kuat di badannya. Mabuknya beransur hilang setelah dia meneguk dua gelas air suam tadi. Kousuke berjalan keluar dari biliknya ke ruang tamu memakai jubah mandi dengan rambutnya yang masih basah itu. Hujan masih lebat di luar. Perlahan-lahan Kousuke menekan pemain cd dan alunan musik instrumental berkumandang perlahan di dalam rumahnya.

"Blue moon. Saya suka musik ni." Kousuke terkejut mendengar suara halus gadis yang sepatutnya tidur di sofanya. Gadis itu telah terjaga dan dia sedang duduk di atas sofa. Matanya merenung wajah Kousuke dalam-dalam.

"Kau dah bangun, budak?" Kousuke menyoal sambil tersenyum.
"Pak cik tahu tak, minum banyak sangat arak tak baik untuk kesihatan." Gadis itu membalas juga dengan senyuman.

Kousuke berjalan menghampiri gadis itu dan terus duduk bersilang kaki di sebelahnya. "Aku muda lagilah. Umur tak sampai tiga puluh tau."

"Dan aku juga bukanlah budak. Umur aku dah lepas 20 tahun. Dah dewasa tau." Gadis itu membalas.

Kousuke memeluk tubuhnya. "Kau ni siapa? Kenapa kau boleh tertidur kat depan rumah aku pulak? Kau lari dari rumah ke?"

Gadis itu mencebik. "Jangan layan aku macam budak kecil. Aku tak tahu pun aku tertidur depan rumah siapa. Aku cuma mengantuk dan aku rasa sejuk sangat."

"Dan kau tak kisah ke yang kau sekarang ni berada dalam rumah seorang lelaki? Berdua macam ni?"

"Pak cik nak halau aku ke?"

Kousuke terdiam. Wajah si gadis kecil molek itu direnungnya lama-lama. Wujud satu perasaan aneh apabila memandang gadis itu. Perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Tubuhnya yang kecil molek, rambutnya yang panjang dan matanya yang menawan, memang telah menggoda dan memikat perasaan Kousuke. Ditambah dengan hujan lebat dan alunan musik yang perlahan membuatkan Kousuke sedikit resah.  Dia terus bangkit dari sofa dan berjalan menjauhinya.

"Kau tidur di sofa tu malam ni. Esok pagi, bila aku bangun aku harap tak nampak lagi muka kau, budak."

Si gadis itu tersenyum. Dia turut bangun dari sofa dan mencapai hujung jubah Kousuke. "Terima kasih sebab biarkan aku tinggal di sini semalam. Aku bertuah sebab jumpa pak cik malam ni." 

Kousuke berpusing memandangnya yang hanya berdiri beberapa meter daripadanya. Pandangan mata mereka bertembung dan kedua-duanya kelihatan kaget. Mereka tidak berbicara sepatah pun namun, Kousuke sedar tangannya mula menyentuh tangan gadis itu perlahan-lahan. Dia menarik gadis itu ke dalam dakapannya. Gadis itu tidak menolak dan bibir mereka bersentuhan untuk beberapa ketika. Hujan masih turun lebat di luar apartmen mewah itu. 

Kousuke terjaga apabila cahaya matahari pagi mula menyuluh wajahnya. Dia memandang sekeliling. Tiada sesiapa pun berada disebelahnya pada pagi itu. Kousuke terus meluru keluar dari biliknya. Kosong. Rumahnya kosong, dan gadis semalam seperti tidak pernah wujud di rumah itu. 

"Aku mimpikah?" Kousuke berbicara sendiri. Dia kemudian menyentuh bibirnya sambil memejamkan mata mengingatkan kembali saat-saat dia berkucupan dengan gadis itu di ruang tamu yang akhirnya berlanjutan hingga ke bilik tidurnya. Kousuke sangat sukakan perasaan itu.

Dia terus membuka matanya kembali. "Tak mungkin. Aku tak bermimpi. Budak tu memang betul-betul wujud." Dia mula memandang sekeliling dan matanya tertangkap sekeping kertas yang dilipat dua yang diletakkan di meja makan. Kousuke mencapainya dan mula membaca beberapa bait perkataan ringkas yang tertulis.

"Thank you for being gentle with me. I'm lucky that I found you."

Kousuke terduduk di kerusi dan jiwanya terasa kosong semula. Gadis misteri itu telah pergi. Malah namanya juga, Kousuke tidak tahu.

*******

Kousuke baru selesai bermesyuarat di pejabatnya di Hyuuga Corporation. Dia melangkah keluar dari bangunan itu sambil melonggarkan tali lehernya. Dia rimas. Kousuke terus masuk ke dalam kereta dan memecut keluar dengan laju. Kousuke memandu hingga dia tiba di sebuah taman perumahan di pinggir bandar. Kousuke mematikan enjin dan menyandarkan kepalanya di kerusi. Dia menarik nafas panjang, ingin sekali dia membebaskan diri dari dunianya itu. Tanpa disedari dia terlelap seketika.

Telinganya menangkap suara seorang lelaki sedang menengking kuat dan berbunyi seperti sedang menyumpah seranah. Kousuke benar-benar terasa terganggu lalu dia terus keluar dari kereta. Kelihatan seorang lelaki sedang menengking-nengking dan menujal kepala seorang perempuan di hadapannya. Wajah perempuan itu tidak dapat dilihat kerana dia sedang membelakanginya. 

Kousuke bukanlah seorang yang akan masuk campur dengan urusan orang lain, namun entah kenapa dia benar-benar rasa terganggu. Kousuke berjalan laju menghampiri pasangan yang sedang bergaduh itu. Baru saja dia hendak membuka mulut, Kousuke terkejut besar. Jantungnya hampir terhenti melihat perempuan itu sebenarnya ialah gadis yang tertidur di hadapan rumahnya beberapa hari lalu.

"Kau... budak tu?" Spontan Kousuke menegur menyebabkan mereka memandangnya serentak.

"Kau ni siapa pulak? Jangan nak menyibuk di sini." Tengking lelaki yang marah-marah itu kepada Kousuke namun tumpuannya hanya kepada si gadis itu.

"Kau tak ingat aku kah?" Kousuke bertanya gadis itu namun dia hanya merenung Kousuke dengan pandangan yang kosong.

Si lelaki yang marah itu mulai hilang sabar. Dia mencekak leher Kousuke dan menolaknya ke jalan. "Akane, kau kenal lelaki ni? Jadi, kau keluar rumah tanpa beritahu aku sebab kau jumpa lelaki ni ke? Tak guna. Perempuan jahat!" Dia mulai memaki hamun menyebabkan Kousuke hilang sabar.

"Hei, kenapa tengking perempuan macam tu? Apa hubungan kau dengan dia?" 

"Aku teman lelaki dia. Kami tinggal serumah. Kau tu siapa pula?"

Hampir luruh jantung Kousuke mendengar jawapan lelaki itu. Si gadis bernama Akane itu telah berpunya? Tapi kenapa lelaki ini melayannya dengan buruk sekali? Kousuke melarikan pandangannya ke arah gadis itu. Dia bertanya lembut. "Kau tak ingat pada aku lagi, Cik Akane?"

Akane mulai mengalirkan air mata. "Saya tak kenal pak cik. Maaf. Sila pergi dari sini." Gadis itu mula hendak berlalu pergi. Namun Kousuke masih tidak berpuas hati. Panggilan 'pak cik' itu menguatkan lagi firasatnya. Dia semakin tidak sanggup melihat gadis itu ditengking lagi. Kousuke merentap lengan Akane dan dia terkejut melihat wajah Akane yang mulai berubah menahan sakit. Serentak itu, Kousuke menyelak lengan baju Akane ke atas dan dia terperanjat melihat lebam-lebam di tangan gadis itu.

"Siapa buat ni?" Kousuke bersuara keras. Akane terdiam. Begitu juga dengan teman lelakinya yang pemarah itu. "Aku tanya, siapa yang buat ni?" Kousuke pula hilang sabar. Dia mula memandang lelaki pemarah itu dengan pandangan yang bengis. Kecut perut lelaki itu melihat perubahan wajah Kousuke.

"Hei.. suka hati akulah nak buat apa pun. Dia girlfriend aku." 

Kousuke mengetap bibirnya geram. Terus tangannya digenggam dan diayunkan ke batang hidung lelaki itu dengan marah sehingga darah mula mengalir dari  hidungnya. "Celaka kau!" Kousuke marah. Baru saja dia ingin melayangkan sebelah lagi penumbuknya, dia terasa tangannya disentuh lembut oleh Akane. Gadis bernama Akane itu memandang Kousuke dengan mata yang sedang merayu. Hati Kousuke tersentuh melihat gadis itu. Terus si lelaki tadi berlari membuka langkah seribu meninggalkan mereka berdua di situ.

"Kau tak ingat aku lagi?" Kousuke bertanya lagi lembut. 

Akane tertunduk. "Mestilah aku ingat. Satu-satunya lelaki yang melayan aku dengan lembut dan baik." Dia membalas.

"Dia dera kau? Kenapa tak tinggalkan dia saja?" Kousuke menyoal.

"Aku memang dah tinggalkan dia pada malam tu. Aku cuma lari saja malam tu, sampailah aku sampai ke apartment pak cik. Aku naik lif dan berjalan tanpa arah tujuan sampailah rasa penat sangat dan sejuk dan akhirnya tertidur depan rumah pak cik. Tapi, dia jumpa aku semula esoknya. Aku minta maaf banyak-banyak kerana susahkan pak cik."

"Kenapa tak bagitahu aku malam tu?"

"Takkanlah aku tiba-tiba nak bagitahu pada orang yang tak dikenali pulak? Lagipun pak cik juga yang cakap tak nak tengok muka aku lagi pagi esoknya."

Kousuke senyum. "Aku asyik cari kau selepas malam tu. Kau patut bagitau aku dulu sebelum kau pergi. Lagipun, kita kan dah..."

"Aku bukan perempuan macam tu." Akane memotong cepat. Mukanya merah padam. "Malam tu, aku rasa terlalu lemah. Tapi bila aku jumpa pak cik, aku terasa sesuatu. Macam ada cahaya dan harapan untuk aku."

Tanpa berlengah, Kousuke terus memeluk gadis itu. "Jangan pergi. Biar aku tolong kau. Aku akan bebaskan kau daripada lelaki tadi dan aku nak kau datang ke sisi aku. Aku terima kau seadanya sebab aku dah cintakan kau sejak malam tu lagi."

Akane tergamam. "Tapi, pak cik tak kenal aku..."

"Mungkin. Tapi, aku dah cukup kenal kau sejak malam tu lagi." Kousuke tersengih membuatkan Akane termalu sendiri. Dia faham maksud Kousuke itu. "Maaf, tapi aku tak ada niat nak ambil kesempatan. Kau terlalu menarik perhatian aku sampai aku rasa tak nak lepaskan kau. Lagipun, kita berjumpa hari ni pun mungkin sebab takdir."

"Takdir?" Akane menyoal pendek.

"Kau juga dah selamatkan aku dari memori masa silamku. Hati aku lebih tenang kalau ada kau." Balas Kousuke. Dia lega. Wajah Kagari dalam hatinya kini diganti dengan wajah gadis bernama Akane ini walaupun mereka hanya berjumpa untuk tempoh yang sangat singkat dan dipertemukan semula secara kebetulan.

Akane tersenyum. "Kalau macam tu, sila jaga aku sebaiknya sebab aku pun mungkin dah jatuh cinta pada  pak cik pada malam tu juga."

Kousuke tersenyum.

"Aku takkan bercium dengan orang yang aku tak cinta." Akane menyambung lagi.

10 comments:

  1. moon: sy bayangkan kousuke sgt seksi dlm cter ni. hehehhhh...

    ReplyDelete
  2. ahhh...faith*
    suka sgt cerpen ni...shasha mmp pandai bt sy senyum bca cerita , kan? heheh...
    anyway, it's nice, for kousuke sbb dah jumpa soulmate dia <3

    ReplyDelete
  3. hahaa... nanti diorang akan muncul lagi dalam HMDC 2.

    ReplyDelete
  4. aduh... VW, sy pun terbayangkan kousuke sgtlah2 seksi dlm ni.. keh keh keh!!

    love it VW.. kekeeke

    ReplyDelete
  5. hahaaa.... semoga sy bukan penyebab anda semua berfikiran pervert ya. Hohoooo.... ;P

    ReplyDelete
  6. nak like comment Shasha diatas tp xble..hehe :)

    ReplyDelete
  7. Okie: hahaaa.... sy anggap okie dah 'like'. heheee

    ReplyDelete